Kehidupan
Entry Bout Shout Credits Follow
Wahai Muslimah Sejati
Friday 27 June 2014 | 12:43 am | 0 comments


Assalamualaikum.

Wahai muslimat,
Engkau berjubah dan berjilbab labuh ramai yang perlekehkan dirimu tetapi engkau istiqomah dengan pakaian tu. Kuatnya hatimu menadah cacian dan hinaan kaum seislam denganmu. Inilah dia hidup di akhir zaman. Allah melindungi dirimu serta keluargamu serta guru-gurumu. Engkau cuba untuk berubah ke arah kebaikan dengan harapan saudara mara memberi sokongan dan dorongan malah sebaliknya. Cekalnya dirimu tempuhi bantahan mereka. Ya Robb,Engkaulah Maha Mendengar. Engkau tunjukkanlah dimana salahnya mereka. Engkau bukakanlah hati-hati mereka.

Wahai muslimat,
Engkau merantau jauh demi mencari redho Allah. Engkau merantau jauh demi mencari ilmu akhirat. Engkau jauhkan dunya engkau dekatkan akhirat. Sobarnya dirimu tempuhi duga yang datangnya dari Allah. Engkau datang tanpa diundang engkau pergi tanpa diusir. Allahu Robbi. Dunya ini hina. Dunya ini najis. Akhirat itu kekal. Abadan abada.

Wahai muslimat,
Berjilbab itu mulia tolong jangan salahkan pakaiannya yang mulia kerana kesalahan yang dilakukan. Engkau hanya seorang hamba Allah. Engkau bukan dari kalangan nabi dan malaikat. Engkau dhoif lagi hina. Engkau cacat lagi cela.

Wahai muslimat,
Engkau ditatih dengan ilmu agama yang mulia. Engkau jadikan Siti Khadijah sebagai pendorong hidupmu. Engkau diajar untuk menjadi anak yang solehah. Engkau diasuh untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptanya. Engkau hargai setiap saat yang berharga dengan mentola'ah kitab-kitab. Engkau hadhirkan diri dalam majlis ilmu. Allahu Robbi.

Wahai muslimah sejati.
Engkau hanya milik Allah Ta'ala. Engkau hanya pinjaman semata-mata. Engkau pintalah rohmah dan berkah dan redho Allah. والله أعلمُ

Older Post | Newer Post