Kehidupan
Entry Bout Shout Credits Follow
Sukar bagi kita
Sunday 25 May 2014 | 11:36 pm | 0 comments

Assalamualaikum. Kisah hidup kita Allah tahu. Allah tahu jalan kesudahan hidup kita kerana kita adalah hambaNYA. Allah yang menjadikan kita. Sungguh hebat ciptaanNYA. Adakah kita lupa kita telah melakukan perjanjian dengan Allah dalam kandungan empat bulan. Adakah kita lupa seruan azan dan iqomah yang dilaung pada kedua-dua telinga kita? Sekarang kita sombong,angkuh dengan kejayaan,kedudukan dan pangkat yang kita ada. Itu tidak akan menjamin kehidupan kita di akhirat kelak. Hidup di dunia,adakah ia kekal? Tidakkah engkau tahu bahawa kita sibuk mencari bekalan untuk hidup di dunia sedangkan dunia ini tidak abadi. Dunia ini bangkai ! Najis ! Kita hidup di muka bumi yang hina ini bersama dengan najis kita sendiri. Sedarkah dikau?  Kita tidak mencari bekalan untuk hidup di akhirat sedangkan akhirat itu abadi. Sombongnya dikau ! Angkuhnya engkau ! Ketika senang engkau palingkan diri daripada bertadah tangan menghadap Yang Maha Esa. Itu waktu diri engkau leka diulit buai yang palsu disangka kain tetapi bara menyala. Dunia adalah pra dan akhirat bermulanya kehidupan kita yang hakiki. Allahu Robb sedarkanlah kami yang hidup di akhir zaman

Older Post | Newer Post