Kehidupan
Entry Bout Shout Credits Follow
Kiamat terlalu hampir
Friday 25 October 2013 | 12:32 am | 0 comments

Assalamu'alaikum. Ana datang dari setitis air mani yang hina lagi keji. Dengan izinnya Allah,ana dihidupkan dimuka bumi yang keji yang penuh dengan najis hanya untuk ber'ibadah kepada Allah Ta'ala. 

Firman Allah S.W.T : Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka ber'ibadah kepadaKu (Al Dzariyat ; 56)

Hubungan kita dengan Allah,Sang Pencipta makin jauh. Cukup bijak orang barat menciptakan sesuatu perkara untuk melemahkan ummat Islam. Kita,tanpa selidik sesuatu perkara dengan mudahnya terpedaya dengan hasil ciptaan barat. Hanyut dan terus hanyut. Bangunlah ! Bangkitlah ! wahai saudara saudariku. Negara Islam diluar sana bangkit mempertahankan agamanya,kita di Malaysia lihat dari mata kasar tenang dan damai. Tetapi hakikatnya kita sedang berperang,berperang bukan menggunakan senjata tetapi menggunakan akal dan hati. Masing-masing rosak dengan adanya penyakit dihati dan diakal. Rosaknya hati kerana pujian. Rosaknya akal kerana dadah. Marilah sama-sama kita tilik hati dan akal kita,sama ada sihat ke tidak.
Betulkan tujuan hidup kita dibumi Allah ini untuk apa. Renung diri kita depan cermin, "Berapa banyak lagi masa aku hidup untuk ber'ibadah,bertaubat dan mencari redha Allah ?"

Wallahua'lam

| Newer Post